
Nama saya Musa Bin Aiman.Saya merupakan penduduk di Kampung Pulau Enjin,Pekan Pahang.Saya sudah menetap disini hampir 35 Tahun.Banyak kenangan di kampung ini.Dari berhutan sedikit sudah menjadi kemajuan pusat rekreasi.Niat saya disini bukan hendak menceritakan perihal kehidupan saya tetapi hendak menceritakan tentang Latar Belakang Kampung Pulau Enjin Dan juga serba sedikit mengenai penduduk yang tinggal di sini.
1. LATAR BELAKANG
Asal Usul nama 'Kampung Pulau Enjin' dipegang dengan dua pendapat.Ada yang mengatakan bahawa dahulunya,terdapatnya 'Ibu Enjin' yang diletakkan disini yang berfungsi untuk menyedut dan memproses air bersih untuk kegunaan penduduk setempat termasuklah kampung-kampung lain yang berdekatan di situ..Kedua,ada juga yang mempercayai bahawa asal usul nama kampung ini berdasarkan sebuah perigi besar yang didalamnya terkandung banyak enjin-enjin bot lama sejak zaman penjajahan Jepun lagi.
Kampung Ini dibangunkan pada tahun 1920 oleh insan yang bernama Abdul Latiff Bin Mohamad.Dia merupakan seorang Usahawan yang berjaya yang telah membeli seluas 4 ekar tanah.Lalu dia membina rumahnya disini dan juga kilangnya.Sayang sekali,kilangnya sudah tiada,iaitu sudah diruntuhkan.Setelah peristiwa itu,makin ramai yang membeli tanah di kampung ini dan membina rumah.
Pada Tahun 1950..Bilangan penduduk disini beranggaran dalam 20 orang sahaja.kini bilangan penduduk disini sudah hampir mencecah 60 orang.
Antara Penduduk Yang Terawal yang sempat diceritakan oleh ayahku di kampung ini ialah Che Latiff(Abdul Latiff Bin Mohamad) Dan Juga Hamidah Binti Ahmad
Masyarakat disini kesemuanya beragama Islam.
SUMBER REZEKI,KEGIATAN SOSIOEKONOMI
2. SUMBER REZEKI
Majoriti Penduduk disini bekerja sebagai Buruh(Tukang Rumah)
Antara Pekerjaan dibawah kendalian kerajaan pula ialah Jururawat,Guru Dan juga polis.Penduduk disini juga pandai berniaga.Ada yang membuka kedai runcit dan juga kedai makan dikawasan perumahan kampung ini.Malah ada juga yang sudah berjaya dengan Perniagaan besar.
Kawasan kampung ini berdekatan dengan Sungai Pahang.Tetapi tidak seorang pun yang bekerja sebagai nelayan secara penuh masa,kebanyakannya hanya bekerja sebagai sebahagian masa sahaja.
KEGIATAN SOSIOEKONOMI
3. SOSIO
Masyarakat disini sangat aktif dan prihatin serta saling memahami diantara satu sama lain.Jika Diadakan Sesuatu Majlis Mahupun Program,mereka semua akan sama2 berusaha menjayakannya.
Antara Aktiviti Kemasyarakatan yang kerap diadakan disini ialah Aktiviti Gotong-Royong,Aktiviti Keagamaan Seperti Majlis Bacaan Yassin Dan lain-lain.
Jika Terdapatnya Majlis Perkahwinan.Tuan Rumah akan menjemput semua orang,tidak satu pun yang tak akan dijemput.Kadang-kadang bagi yang tidak menggunakan khidmat 'Catering',masyarakat akan sama-sama membantu menjayakan majlis tersebut
4. EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
Disini Banyak Kemudahan yang disediakan untuk kegunaan penduduk setempat termasuklah gelanggang takraw,surau, dan Jeti
Ekonomi di kampung ini tidaklah terlalu tinggi.Kebanyakan penduduk bergaji sederhana sahaja
Pembangunan di kampung ini juga tidaklah terlalu pesat.Tetapi masih kelihatannya perubahan berbanding dulu
Sampai disini jelah penceritaan dan maklumat yang dapat saya kongsikan tentang KampungKu Kampung Pulau Enjin,26600 Pekan, Pahang, Malaysia❤💖